Thursday 17 October 2013

Mengapa Agenda Transformasi Sistem Matawang Suatu Keutamaan

Tonton video menarik ini untuk memahami bahana sistem matawang sedia ada dan keburukkannya kepada generasi akan datang. Semoga kita dapat bersama-sama berusaha ke arah melaksanakan transformasi dalam sistem matawang Malaysia khasnya demi masa hadapan ummah gemilang.


Sunday 13 October 2013

Keputusan Pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Alhamdulillah, pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah selesai dengan keputusan yang diumumkan.

Saya telahpun mengucapkan tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin yang terpilih selepas diberikan mandat oleh majoriti para perwakilan Pemuda UMNO untuk terus menerajui kepimpinan Pemuda UMNO bagi sessi 2013-2016. Diharapkan beliau memegang tanggungjawab tersebut dengan amanah dan saya akan sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada beliau sebagai pemimpin pergerakan di dalam perkara-perkara yang diberkati.

Pengalaman yang telah saya lalui di dalam pemilihan ini adalah amat berharga dan banyak memberikan saya pengajaran yang bermanfaat. Keputusan yang diterima juga menandakan bahawa masih terdapat pelbagai usaha yang perlu dilakukan untuk membawa kesedaran akan kepentingan agenda transformasi sistem matawang yang saya mengutarakan demi masa hadapan masyarakat yang dirahmati. Semoga Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk terus beristiqamah di jalan perjuangan ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan saya sokongan dan kerjasama dalam usaha saya menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda. Saya berdoa agar kami kekal berusaha ke arah masa hadapan ummah yang gemilang.


Thursday 10 October 2013

Masalah Matawang Makin Meruncing

Mengapa calon Ketua Pemuda UMNO membawa agenda transformasi sistem matawang? ... 4 sebab dari calon no. 04:-


PERTAMA: Sistem berpaksikan matawang rizab sedunia US Dollar berhadapan kegagalan.

KEDUA: Rizab matawang antarabangsa Malaysia bersandarkan terutamanya US Dollar.

KETIGA: Kemusnahan nilai matawang US Dollar (“hyper-inflation”) akan secara langsung menggugat ekonomi negara-negara yang mempunyai rizab bersandarkannya.

KEEMPAT: Penerbitan matawang tanpa had dalam sistem matawang sedia ada menyebabkan beban hutang negara kian meningkat; hutang Amerika Syarikat melebihi $15 Trillion, hutang Malaysia melebihi RM500 Billion.

Persoalannya sekarang, adakah Malaysia bersedia menghadapai krisis matawang ini?
Ketahui mengapa Irwan Ambak, calon Ketua Pemuda UMNO, menjadikan isu ini asas perjuangan beliau!




Q & A - Soal jawab bersama Irwan Ambak mengenai Agenda Transformasi Sistem Matawang (Monetary Transformation Programme)


Q: Mengapa saudara membawa agenda ini?
A: Di dalam sistem matawang sedia ada, generasi ini merupakan peminjam daripada generasi akan datang. Dalam kata lain, di masa akan datang, rakyat menanggung bebanan yang semakin berat akibat kelemahan yang termaktub dalam sistem matawang dewasa ini. Maka dengan itu, saya melihat agenda transformasi sistem matawang sebagai suatu keutamaan bagi pemuda demi memperkasakan masa hadapan seluruh rakyat di Malaysia, khasnya dari segi ekonomi.

Q: Apakah relevannya agenda ini untuk Pemuda UMNO?
A: Pemuda UMNO adalah platform pelapis kepimpinan negara dan sejurusnya, Ketua Pemuda UMNO harus memainkan peranan mengenengahkan agenda ini kepada Presiden UMNO selaku Perdana Menteri Malaysia untuk persediaan perlaksanaan melalui dasar atau polisi negara demi kesejahteraan masa hadapan rakyat.

Q: Bukankah itu tanggungjawab kepimpinan Malaysia sedia ada?
A: Memang benar! Namun oleh kerana tiada pemimpin kini yang menyuarakan agenda ini, maka saya terpanggil untuk bersuara. Sekiranya kepimpinan bersedia untuk membawa agenda ini, maka barisan pemuda seharusnya akan memberikan kerjasama terbaik untuk memastikan masa depan generasi hadapan terpelihara daripada kemusnahan.

Q: Jadi bagaimanakah transformasi itu dapat dilaksanakan?
A: Perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya oleh kepimpinan negara dengan penuh kesungguhan (political-will) kerana ini membabitkan amanah mereka sebagai pemimpin negara yang berkhidmat untuk rakyat. Langkah saya untuk membawa agenda ini ke hadapan adalah permulaan satu usaha murni yang perlu melalui pelbagai fasa sebelum ianya dapat direalisasikan secara menyeluruh, dan saya telahpun kongsikan wawasan serta gagasan perlaksanaan transformasi ini di laman Blog saya. Sebagai permulaan, saya telahpun mengusulkan melalui persidangan UMNO, suatu usul supaya kerajaan membenarkan pencaruman bagi dana persaraan didalam bentuk emas. Ini adalah antara perlaksanaan awal bagi menyediakan asas kepada transformasi sistem matawang yang lebih meluas. Cadangan bagi aturan-aturan selanjutnya boleh diketahui melalui penulisan saya.

Q: Apakah pula pandangan saudara mengenai perjuangan-perjuangan lain yang perlu diberi perhatian oleh Pemuda UMNO, khasnya untuk dibawa oleh Ketuanya?
A: Saya melihat konteks UMNO sebagai parti tunjang Barisan Nasional yang memerintah negara. Oleh kerana itu, fungsi kepimpinan Pemuda UMNO perlu berteraskan pembawaan agenda-agenda untuk kepentingan rakyat bukan hanya untuk tempoh terdekat tetapi melangkaui zaman. Hakikatnya, perjuangan-perjuangan atau aktiviti-aktiviti lain yang lebih merupakan “current affairs” atau “reactive” semestinya juga digalas oleh Pemuda UMNO, sebagai pembawa suara akar umbi dan memenuhi keperluan semasa/tempatan. Namun adakah tumpuan hanya kepada perkara-perkara tersebut mencukupi? Seorang Ketua mestilah berwawasan dan membawa gagasan untuk kegemilangan generasi masa hadapan. Itulah sifat perjuangan yang perlu dibawa khasnya oleh Ketua Pemuda UMNO bersama saf ahli-ahli pemuda; tetapi malangnya saya tidak nampak perjuangan sedemikian menyerlah dengan barisan kepimpinan pemuda yang sedia ada, mahupun dibawa oleh mana-mana calon yang lain.

Q: Jika saudara tidak terpilih, apakah ini akan bermaksud agenda ini akan terpinggir?
A: Jawatan Ketua Pemuda UMNO adalah antara laluan yang langsung kepada kepimpinan negara agar perlaksanaan agenda ini boleh diberikan keutamaan. Namun, tidak kiralah sesiapa pun yang menjadi Ketua Pemuda, perkara ini tidak dapat dielak daripada diberikan perhatian. Saya yakin rakyat Malaysia, khasnya pemuda, akan semakin sedar akan keperluan transformasi ini kerana berhadapan dengan kebejatan ekonomi yang kian dirasai. Situasi ini hanya dapat diselesaikan dengan menangani isu sistem matawang. Tambahan lagi, terdapat banyak ruang dan platform yang boleh digunakan untuk memperjuangkan agenda ini demi kepentingan rakyat dan saya bersedia meneruskan daya usaha selagi berupaya.

Q: Boleh rumuskan hasrat saudara sebagai calon Ketua Pemuda UMNO di dalam pemilihan kali ini?
A: Saya berdoa kepada Allah SWT supaya kami diberikan petunjuk, taufik dan hidayahnya demi agama, bangsa dan tanahair. Ingatlah, keputusan kita di hari ini akan menentukan generasi kepimpinan dan corak perjuangan masa hadapan. Para perwakilan diharapkan memanfaatkan peluang yang diamanahkan ini untuk membuat pemilihan yang terbaik. Saya telah berusaha menyampaikan agenda yang ditawarkan untuk keberkatan rakyat bersama, atas dasar tanggungjawab saya sebagai seorang Islam. Semoga ahli-ahli Pemuda UMNO khasnya membuat pertimbangan yang sewajarnya sebagai pelapis barisan yang menggalas kepimpinan negara melalui parti ini, ke arah membawa masyarakat di bawah kerahmatanNya, insha Allah.



Untuk maklumat lanjut Irwan Ambak Khalid Izhar calon no. 04 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi Pemilihan UMNO 2013, sila layari www.irwanambak.com.

Wednesday 9 October 2013

Kenali Calon Ketua Pemuda UMNO



Pautan, media, artikel & rakaman calon no. 04 kini terdapat di www.irwanambak.com bagi kemudahan mengenali Irwan Ambak Khalid Izhar.



Tuesday 8 October 2013

Visi & Misi Calon iA4KP UMNO

Irwan Ambak Khalid Izhar adalah Calon No. 04 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi Pemilihan UMNO 2013. #iA4KP #PAU2013 ...


Visi:

- Pemuda UMNO sebagai penggerak wawasan ke arah tujuan ummah gemilang.

Misi:

- Membawa gagasan, pelan tindakan & program amalan bersesuaian dengan peranan pemuda bangsa pejuang agama selaku pelapis kepimpinan negara.

Slogan:

- "Pemuda Berkat, Masyarakat Rahmat".

(Maklumat terdahulu yang berkaitan boleh didapati di http://irwanambak.blogspot.com/2013/07/pemuda-berkat-masyarakat-rahmat.html.)



iA4KP - Calon No. 4 - Ketua Pemuda UMNO

Alhamdulillah, sukacita diumumkan bahawa pencalonan saya, Irwan Ambak Khalid Izhar, bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kini telah dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013 dengan nombor calon 04.

(Pengumuman terdahulu boleh didapati di sini: http://irwanambak.blogspot.com/2013/07/pemuda-berkat-masyarakat-rahmat.html.)

Oleh itu, saya akan memulakan kempen 'online' secara rasmi dengan menggunakan identiti-identiti/imej-imej yang berikut:


[gambar rasmi]














[Imej Facebook Cover]


[Imej Ads]


#iA4KP

[hashtag]


Pengunaan mana-mana identiti-identiti/imej-imej tersebut haruslah tertakluk kepada tujuan ianya dipersediakan. Kerjasama semua pihak amatlah dihargai.

Sekian, harap maklum.

Monday 7 October 2013

Let's Talk : Pemilihan UMNO 2013 - Ketua Pemuda UMNO Malaysia (MobTV.my)

Pemilihan Agung UMNO 2013 akan menyaksikan suatu pertembungan yang bakal menguji kemantangan transformasi dan politik UMNO terutamanya di peringkat akar umbi. Antara pertandingan yang bakal mencuri tumpuan adalah persaingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Let's Talk kali ini bersama Irwan Ambak Khalid Izhar - salah seorang lagi calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Lihat video di sini: http://mobtv.my/talkshow-3998.html


AURA 13: Pemilihan UMNO 2013 - Program Web TV

Ketahui perjuangan yang dibawa oleh saya sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam temubual #PAU2013 oleh moderator Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, Pengerusi Eksekutif  IMR Network.


Wednesday 2 October 2013

“Saya bukan proksi KJ” – Irwan Ambak

(Berita ini dipetik dari sumber.)

...

“Sebenarnya, saya telah pun memberitahu Khairy Jamaluddin seawal Julai yang saya ingin bertanding pada pemilihan kali ini kerana saya menghormati dia sebagai Ketua Pemuda yang sedia ada. Pada masa itu, dia berkata terima kasih dan harapkan satu pertandingan yang sihat. Lantas, saya keluarkan satu ‘public statement’ di blog sebelum mana-mana calon lain tampil ke hadapan seperti Akhramsyah, Syed Rosli dan Abd Karim.

“Jadi, saya tidak tahu mereka akan bertanding. Kerana apa saya ingin bertanding? Kerana saya ingin menawarkan perjuangan yang saya rasa tidak ada pemimpin lain yang bawa,” katanya pada sesi wawancara eksklusif bersama wartawan ABN News.

...


ULASAN SAYA:

Rasanya sudah banyak berita 'muqadimmah' yang berkaitan isu "proksi KJ" ini. Insha Allah fokus akan diberikan kepada perjuangan sebenar saya dalam tempoh terdekat. :)

Berita Sana-Sini

Irwan Ambak bukan proksi Khairy

http://www.utusan.com.my/utusan/UMNO_2013/20131001/um_08/Irwan-Ambak-bukan-proksi-Khairy

Irwan Ambak tidak gentar persaingan rebut Ketua Pemuda

http://www.utusan.com.my/utusan/Umno_2013/20131002/um_11/Irwan-Ambak-tidak-gentar-persaingan-rebut-Ketua-Pemuda

Ulasan Saya


Berita tajuk kedua dikeluarkan sejurus selepas berita tajuk pertama diterbitkan dan saya dihubungi oleh pihak pemberita untuk maklumbalas.

Antara komentar saya yang tidak diterbitkan adalah berikut:

Apabila ditanya pandangan saya mengenai kenyataan Khairy yang dikhabarkan berkata "... beliau mesti faham ini gelanggang besar, bukan gelanggang kecil. Ini gelanggang yang serius ..." dan "... perlu mengukur keupayaannya sendiri ...", saya membalas bahawa ini adalah pandangan beliau (Khairy) dan saya tidak ada komen.