Sunday 13 October 2013

Keputusan Pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Alhamdulillah, pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah selesai dengan keputusan yang diumumkan.

Saya telahpun mengucapkan tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin yang terpilih selepas diberikan mandat oleh majoriti para perwakilan Pemuda UMNO untuk terus menerajui kepimpinan Pemuda UMNO bagi sessi 2013-2016. Diharapkan beliau memegang tanggungjawab tersebut dengan amanah dan saya akan sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada beliau sebagai pemimpin pergerakan di dalam perkara-perkara yang diberkati.

Pengalaman yang telah saya lalui di dalam pemilihan ini adalah amat berharga dan banyak memberikan saya pengajaran yang bermanfaat. Keputusan yang diterima juga menandakan bahawa masih terdapat pelbagai usaha yang perlu dilakukan untuk membawa kesedaran akan kepentingan agenda transformasi sistem matawang yang saya mengutarakan demi masa hadapan masyarakat yang dirahmati. Semoga Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk terus beristiqamah di jalan perjuangan ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan saya sokongan dan kerjasama dalam usaha saya menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda. Saya berdoa agar kami kekal berusaha ke arah masa hadapan ummah yang gemilang.


No comments:

Post a Comment